Monday 18 May 2015

#3 Persediaan Ramadhan


Teks oleh  : Noor Hazwani bt Mohd Din

Sekejap je nak masuk bulan Ramadhan.
Begitu pantas masa berlalu.
Rasa macam baru je mengandung di bulan puasa. ;)
Adra pon dah semakin besar.
Semestinya lebih mencabar bulan puasa kali ni.

Berpuasa di samping menyusukan dua orang anak.
Berpuasa ketika menjaga 3orang budak comel.
Berpuasa ketika memasak dan menyediakan makanan.

Alhamdullillah, setakat ni masih mampu berpuasa penuh walaupun mengandung dan menyusukan anak.
Supaya puasa kali ni akan dipermudahkan.

Mari saya kongsi tips untuk kekal segar walaupun ketika berpuasa.

1. Wajib bersahur dengan makan makanan berat.
2. Ambil kurma ataupun qaseh gold untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
3. Minum air secukupnya ketika di malam hari.
4. Elakkan terlalu kerap fikir pasal makanan.
5. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti kegemaran.
6. Banyakkan beribadat dan berdoa.
7. Elakkan membuang masa di bazaar ramadhan.
8. Lakukan persiapan memasak untuk bersahur di malam hari.


Selamat berpuasa.
Untuk menempah qaseh gold sebagai persiapan Ramadhan, boleh hubungi saya  :-012-9221876


Sunday 17 May 2015

#2 Qaseh Gold: Ramuan.

Teks oleh:  Noor Hazwani Mohd Din

Ramai yang sudah mendengar nama Qaseh Gold,  produk makanan tambahan yang berasaskan makanan sunnah.  Tetapi, mungkin ramai yang tidak tahu ramuan dan formulasi yang terdapat dalam produk Qaseh Gold.

Qaseh Gold mempunyai lingkungan produk yang luas bersesuaian untuk semua peringkat umur seawal bayi berusia satu tahun.  Terdapat Qaseh Gold Kekanda, Adinda, Junior dan Premier di bawah label Qaseh Gold.

Ia dirumus dan diformulasikan dari makanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan. Dikilangkan di kilang yang mendapat pengiktirafan Islamic Manufacturing Process (IMP) dan Good Manufacturing Practice (GMP) untuk menghasilkan produk y halalan toyyiban..

Qaseh Gold dirumuskan dengan kurma, zaitun, zaafaran, air zamzam, habbatussauda,madu, buah tiin, delima dan diperkaya dengan gam arab sebagai prebiotik semulajadi.
Ia juga diformulasi dengan herba tradisi seperti ginkgo, sireh, tribulus, guarana dan ashwaganda untuk Qaseh Kekanda dan Passiflora, pegaga dan manjakani untuk Qaseh Adinda.

InsyaAllah.
Mari kita berikhtiar untuk sihat dengan makanan sunnah.
Sihat itu jihad.

P/s:  saya juga mencari rakan rakan niaga yang ingin mencuba menambah pendapatan dengan menjadi agen saya.
Boleh hubungi saya di 012-9221876.

#1 . Kenali Penulis : Noor Hazwani

Teks oleh  : Noor Hazwani Mohd Din
Foto oleh  : Noor Hazwani Mohd Din



Nama penuh Noor Hazwani bt Mohd Din.  Dikenali dengan nama Wanie di kalangan sahabat handai.  Dilahirkan pada 8 Julai 1985 di Klinik Wanita Jamal, Kuala Lumpur. Merupakan anak jati Kuala Lumpur.  Anak perempuan sulung daripada tiga adik beradik dalam keluarga.

Berkahwin dengan Adnan Faiz bin Abdul Rahim pada 26 November 2011 dan mempunyai dua orang cahaya mata.  Anak sulung bernama Syahmi Fawwaz dilahirkan pada 14 September 2012 dan anak kedua bernama Adra Syafina dilahirkan pada 14 Oktober 2014. Mempunyai dua orang anak susuan bernama Izz Hana dan Nur Iman.

Mendapat pendidikan awal di SRK Wangsa Maju , SMK Convent Bukit Nanas dan MRSM Jasin sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang. Pemegang ijazah sarjana muda dalam jurusan Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Sabah.


Berkhidmat di dalam bidang "oil and gas" sebagai jurutera selama enam tahun selepas mendapat tawaran pekerjaan di tahun akhir semasa menuntut di Universiti. Bekerja selama lima tahun di Transwater API Sdn Bhd sebelum berkhidmat di Clariant Oil Services (M) Sdn Bhd selama setahun.

Mula menceburi bisnes Qaseh Gold pada bulan May 2014 selepas meletakkan jawatan sebagai jurutera di syarikat Clariant Oil Services (M) Berhad. Bermula sebagai rakan niaga demi untuk mencuba produk Qaseh Gold bagi mengubati penyakit anak sulung yang menghidap eczema dan bronchitis.

Selepas mendapat perkembangan positif hasil daripada beristiqamah dengan makanan sunnah,  bisnes Qaseh Gold dijadikan pekerjaan sampingan dengan niat memperkembangkan kebaikan makanan sunnah.

Diharap blog ini dapat memberikan informasi mengenai Qaseh Gold,  di samping informasi berkenaan penjagaan bayi eczema dan penyusuan susu ibu.

SALAM PERKENALAN.
SELAMAT MEMBACA

Sebarang pertanyaan mengenai produk Gold, boleh hubungi  :-

WANIE  -012-922 1876 / noorhazwanimd@gmail.com

*Kami masih mencari rakan niaga yang berminat untuk menceburi perniagaan berasaskan makanan sunnah..