Sunday 17 May 2015

#1 . Kenali Penulis : Noor Hazwani

Teks oleh  : Noor Hazwani Mohd Din
Foto oleh  : Noor Hazwani Mohd Din



Nama penuh Noor Hazwani bt Mohd Din.  Dikenali dengan nama Wanie di kalangan sahabat handai.  Dilahirkan pada 8 Julai 1985 di Klinik Wanita Jamal, Kuala Lumpur. Merupakan anak jati Kuala Lumpur.  Anak perempuan sulung daripada tiga adik beradik dalam keluarga.

Berkahwin dengan Adnan Faiz bin Abdul Rahim pada 26 November 2011 dan mempunyai dua orang cahaya mata.  Anak sulung bernama Syahmi Fawwaz dilahirkan pada 14 September 2012 dan anak kedua bernama Adra Syafina dilahirkan pada 14 Oktober 2014. Mempunyai dua orang anak susuan bernama Izz Hana dan Nur Iman.

Mendapat pendidikan awal di SRK Wangsa Maju , SMK Convent Bukit Nanas dan MRSM Jasin sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang. Pemegang ijazah sarjana muda dalam jurusan Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Sabah.


Berkhidmat di dalam bidang "oil and gas" sebagai jurutera selama enam tahun selepas mendapat tawaran pekerjaan di tahun akhir semasa menuntut di Universiti. Bekerja selama lima tahun di Transwater API Sdn Bhd sebelum berkhidmat di Clariant Oil Services (M) Sdn Bhd selama setahun.

Mula menceburi bisnes Qaseh Gold pada bulan May 2014 selepas meletakkan jawatan sebagai jurutera di syarikat Clariant Oil Services (M) Berhad. Bermula sebagai rakan niaga demi untuk mencuba produk Qaseh Gold bagi mengubati penyakit anak sulung yang menghidap eczema dan bronchitis.

Selepas mendapat perkembangan positif hasil daripada beristiqamah dengan makanan sunnah,  bisnes Qaseh Gold dijadikan pekerjaan sampingan dengan niat memperkembangkan kebaikan makanan sunnah.

Diharap blog ini dapat memberikan informasi mengenai Qaseh Gold,  di samping informasi berkenaan penjagaan bayi eczema dan penyusuan susu ibu.

SALAM PERKENALAN.
SELAMAT MEMBACA

Sebarang pertanyaan mengenai produk Gold, boleh hubungi  :-

WANIE  -012-922 1876 / noorhazwanimd@gmail.com

*Kami masih mencari rakan niaga yang berminat untuk menceburi perniagaan berasaskan makanan sunnah..


No comments:

Post a Comment